PESAWAT Air China Boeing 737 MAX 8 di Lapangan Terbang Beijing Capital pada 11 Mac lalu.
PESAWAT Air China Boeing 737 MAX 8 di Lapangan Terbang Beijing Capital pada 11 Mac lalu.
hmdigital

KUALA Lumpur: Malaysia Airlines menegaskan ia tidak mempunyai sebarang pesawat Boeing 737 MAX yang digunakan dalam operasinya ketika ini.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu meminta penjelasan daripada Boeing bagi mendapatkan butiran teknikal lanjut mengenai pesawat berkenaan susulan kejadian terhempas pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines, semalam.

Malaysia Airlines meminta penjelasan teknikal lanjut itu memandangkan ia membuat tempahan pesawat berkenaan yang dijangka menerimanya pada 2020.

“Malaysia Airlines tidak mempunyai apa-apa pesawat B737 MAX dalam barisan pesawat kami ketika ini. Masih terlalu awal untuk kami membuat sebarang komen kerana sebab kemalangan (pesawat jenis berkenaan terhempas) belum diketahui,” katanya sambil mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian malang itu.

Ia berkata demikian bagi mengulas sama ada syarikat penerbangan nasional itu menggunakan pesawat berkenaan ketika ini dalam operasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 10:09 AM