MALAYSIA jadi pasaran ke-9 terbesar bagi pelancong China menggunakan platform Alipay.
MALAYSIA jadi pasaran ke-9 terbesar bagi pelancong China menggunakan platform Alipay.
HM Digital

Kuala Lumpur: Jumlah transaksi pelancong Cina menerusi Alipay, platform pembayaran mudah alih dalam talian yang ditawarkan Ant Financial di Malaysia meningkat lima kali pada cuti musim panas di China antara 1 Julai hingga 31 Ogos tahun ini berbanding tempoh sama pada 2017.

Pengurus Besar Perniagaan Merentas sempadan bagi Asia Selatan dan Tenggara, Cherry Huang berkata, ini menjadikan Malaysia pasaran kesembilan terbesar pelancong China di luar negara menggunakan Alipay pada cuti musim panas.

Beliau berkata, pertumbuhan itu menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia dalam kedudukan 10 teratas dalam senarai.

“Malaysia adalah pilihan utama pelancong China. Ketika kami mewujudkan rangkaian dengan pedagang Malaysia Mei tahun lalu, kami berharap pelancong China dan perniagaan tempatan mendapat manfaat daripada kehadiran kami.

“Hari ini, kami gembira pelancong China terus menikmati gaya hidup pintar, manakala pedagang Malaysia meraih keuntungan daripada Alipay,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 9:23 AM