SHAHRIL Ridza. FOTO Arkib NSTP
SHAHRIL Ridza. FOTO Arkib NSTP
Nurhayati Abllah


KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan.

Beliau akan melaporkan diri untuk bertugas bermula 20 Ogos ini.

Khazanah dalam kenyataannya berkata, Shahril Ridza, 48, yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sudah memegang jawatan itu sejak 16 April 2013.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) di KWSP.

Sebelum menyertai KWSP, Shahril Ridza adalah Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), yang bertanggungjawab membangunkan KL Sentral menjadi salah satu pusat komersial utama di negara ini.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang terbabit dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan krisis Kewangan Asia pada 1997.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Ogos 2018 @ 4:28 PM