KEUNTUNGAN AirAsia sebahagian besarnya disumbang oleh penjualan tiket.
KEUNTUNGAN AirAsia sebahagian besarnya disumbang oleh penjualan tiket.
BERNAMA

Kuala Lumpur: AirAsia Bhd akan membangunkan portfolio digitalnya sebagai sebahagian pelan pengembangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia akan membuat satu lagi penjualan seperti dijanjikan.

“Akan ada penjualan dan pembelian balik satu aset untuk membangunkan portfolio digital kami.

“Kami mahu melaksanakan semua yang kami katakan. Kini tumpu kepada kumpulan dan struktur digital kami,” katanya dalam catatan di laman twitter semalam.

Awal bulan ini, Tony mengesahkan kumpulan itu akan menjual aset bukan terasnya dan menumpukan kepada operasi teras.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, keuntungan kumpulan itu dijana daripada penjualan tiket penerbangan dan daripada pendapatan sampingan.

TONY
TONY

“Perniagaan pajakan bukan sesuatu yang dinilai oleh penganalisis. Itulah sebabnya mengapa kami menjualnya,” katanya.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mengesahkan ia akan menjual pegangannya dalam laman tempahan pelancongan Expedia dan penjualan itu dijangka selesai pada akhir tahun.

Kumpulan itu merancang menjual segmen makanannya Santan dan operasi logistik serta kargo.

Sementara itu, Tony dalam laman Instagram berkata, syarikat itu akan melabur dalam teknologi kewangan seperti Bigpay, perkhidmatan e-dompet dan kad pra-bayar. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 8:52 AM