hmdigital

KUALA LUMPUR: AirAsia dinobatkan sebagai Jabatan Perbendaharaan Syarikat Penerbangan Tahunan di Anugerah Penerbangan Asia Pasifik 100.

Anugerah Majalah Airline Economics Magazine 100 mengiktiraf syarikat dalam industri perjalanan udara yang paling cemerlang, serta syarikat yang paling inovatif dalam strategi pembiayaan dan pajakan pesawat dalam 12 bulan yang lalu.

AirAsia meraih anugerah itu berdasarkan prestasi kewangan dan pendapatan syarikat bagi setiap prestasi penumpang, pesanan pesawat, serta rangkaian dan pengembangan jumlah pesawat.

Pada tahun 2018-2019, AirAsia memeterai dua portfolio pesawat utama bersama BBAM dan Castlelake LP yang bernilai AS$3.6 bilion.

Kedua-dua transaksi itu membabitkan lebih 100 pesawat dan membuktikan bahawa pasukan itu bukan saja cekap di dalam usaha pengutipan dana, tetapi juga mampu merangka struktur pembiayaan pesawat yang tidak lazim di dalam urus niaga pembiayaan pesawat.

Pada tahun ini, AirAsia juga telah menjadi bualan global apabila ia mengumumkan bahawa ia akan menaik taraf pesawat Airbus jenis lorong tunggal pada masa akan datang, dengan menukar 253 tempahan untuk pesawat A320neo kepada Airbus A321neo yang lebih besar di Paris Airshow 2019.

Pada bulan Ogos 2019, syarikat penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X telah mengembangkan tempahannya bersama Airbus dengan menandatangani perjanjian bernilai AS$5 bilion untuk 12 buah pesawat Airbus A330-900 dan 30 A321XLR.

Ketua Kewangan Penerbangan AirAsia Farhan Zainul dan Penasihat Senior Asia Aviation Capital Aaron Gomez menerima anugerah itu pada majlis gala yang diadakan di Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, penjualan operasi pajakan pesawat adalah strategi jangka panjang untuk melupuskan aset fizikal kumpulan dan strategi ini membolehkan pihaknya meletakkan nilai lebih tinggi pada pesawat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 6:27 AM