Shairan Huzani (kiri) mengetuai konvoi pacuan empat roda diesel pada pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5.
Shairan Huzani (kiri) mengetuai konvoi pacuan empat roda diesel pada pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan diesel di Sarawak dapat menikmati manfaat menerusi pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5 di negeri itu.

FuelSave Diesel Euro 5 boleh didapati di stesen Shell Bintulu diikuti bandar utama lain iaitu Miri, Kuching dan Sibu.

Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya komited memberi produk berkualiti kepada pelanggan di seluruh negara.

Beliau berkata, Shell mengutamakan pelanggan setia dan mencapai misi melengkapkan perjalanan mereka.

“Ia selari strategi syarikat untuk menawarkan penyelesaian berinovasi yang membuktikan kepemimpinan kami dalam teknologi bahan api,” katanya.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 diformulakan dengan teknologi DYNAFLEX yang mempunyai kelebihan molekul bagi pencucian enjin yang bersih serta memberikan kecekapan.

Teknologi itu melindungi komponen sistem bahan api utama seperti penyuntik bahan api daripada halangan yang boleh mengurangkan prestasi enjin.

Diesel baru itu mengandungi sulfur kurang dari 10 miligram sekilogram menjadikan ia sesuai untuk enjin diesel moden yang memerlukan bahan api dengan kadar sulfur rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2018 @ 2:03 AM