KASMA Daniel menamatkan perlumbaan di tempat ke-19, hari ini. FOTO MOHD ADAM ARININ
KASMA Daniel menamatkan perlumbaan di tempat ke-19, hari ini. FOTO MOHD ADAM ARININ
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Kasma Daniel Kasmayudin menggunakan segala pengalaman dimilikinya untuk menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di tempat ke-19, hari ini.

Penamat itu nyata cukup baik bagi pelumba negara berusia 22 tahun itu yang bermula di petak terakhir iaitu ke-29 bersama jentera Petronas Mie Racing RW.

Dia yang beraksi menerusi tiket wild card mencatatkan masa 39 minit 18.354 saat (s) manakala seorang lagi pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar pula yang tampil kali pertama di kejohanan berprestij itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-22 dengan catatan 39:20.918s.

Saingan Moto2 hari ini dimenangi Tony Arbolino dari pasukan Elf Marc VDS Racing yang mencatatkan masa 38:25.233s manakala Alonso Lopez (Beta Tools Speed Up) meraih podium kedua (38:36.644s).

Pelumba Inde GASGAS Aspar, Jake Dixon melengkapkan podium ketiga dengan catatan 38:37.035s.

Pelumba Red Bull KTM Ajo, Augusto Fernandez memimpin kedudukan pelumba Moto2 dengan mengumpul 251.5 mata manakala Ai Ogura (Idemitsu Honda Team Asia) di tempat kedua dengan 242 mata.

Takhta kejuaraan dunia bagi kelas Moto2 akan ditentukan pada GP Valencia, 6 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 3:37 PM