VERSTAPPEN muncul juara di Litar Imola. FOTO AFP
VERSTAPPEN muncul juara di Litar Imola. FOTO AFP
Reuters

Imola: Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen muncul juara di Imola buat tahun kedua berturut-turut pada perlumbaan yang menyaksikan Red Bull menguasai dua tempat teratas.

Perlumbaan di laman sendiri Ferrari bertukar mimpi ngeri buat pasukan Itali itu apabila pendahulu keseluruhan Charles Leclerc bertarung untuk tempat keenam selepas jenteranya berpusing ketika berkedudukan ketiga.

Rakannya dari Sepanyol, Carlos Sainz terkeluar berikutan kemalangan pada pusingan pembukaan.

Pemandu Mexico, Sergio Perez di tempat kedua, manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga.

Verstappen, yang memungut lapan mata selepas menjuarai perlumbaan pecut semalam dari petak depan, juga memungut mata bonus kerana mencatat masa sepusingan terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 11:52 PM