VERSTAPPEN berjaya meraih petak utama di GP Australia. FOTO Reuters
VERSTAPPEN berjaya meraih petak utama di GP Australia. FOTO Reuters
AFP

Melbourne: Max Verstappen meraih petak utama Grand Prix (GP) Australia mengatasi pelumba Mercedes, George Russell namun rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez akan bermula di kedudukan terakhir.

Dalam keadaan mendung dan sejuk, Lewis Hamilton bersama satu lagi jentera Mercedes akan bermula di petak ketiga di hadapan Fernando Alonso dari Aston Martin.

"Saya fikir percubaan terakhir adalah sangat baik, sepanjang hujung minggu yang sukar untuk mendapatkan tayar dalam keadaan bersesuaian," kata Verstappen, yang tidak pernah menang di Australia dan akan bermula di petak pertama buat kali pertama di Albert Park.

"Sangat gembira berada di petak pertama, sudah tidak sabar menantikan esok. Saya rasa kami mempunyai jentera perlumbaan yang bagus tetapi ia sukar pada pemilihan tayar, jadi pastinya akan menjadi perlumbaan yang menarik."

Juara tahun lalu, Charles Leclerc meraih petak ketujuh bersama jentera Ferrari, manakala rakan sepasukannya, Carlos Sainz kelima.

Ia adalah persembahan hebat daripada Mercedes, yang bergelut musim ini, dengan kelajuan mereka jelas bertambah baik apabila mereka sekali lagi mengatasi Ferrari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2023 @ 8:45 PM