HAKIM Danish bersedia untuk Perlumbaan 2 Pusingan Kedua Asia Talent Cup (ATC). -FOTO Ihsan SIC
HAKIM Danish bersedia untuk Perlumbaan 2 Pusingan Kedua Asia Talent Cup (ATC). -FOTO Ihsan SIC
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pelumba muda negara Hakim Danish Ramli sekali lagi 'mengaum' di Litar Mandalika apabila berjaya meraih podium juara pada Perlumbaan 2 Pusingan Kedua Asia Talent Cup (ATC), pagi tadi.

Jelas sekali kemenangan yang diraih Hakim semalam menyuntik semangat pelumba terbabit untuk beraksi cemerlang memimpin perlumbaan hingga ke garisan penamat dengan catatan masa 28'06.916 saat.

Pada perlumbaan yang berlangsung pagi tadi, Hakim yang bermula di petak kedua berjaya mengekalkan momentum perlumbaan walaupun cuba dipintas pesaing terdekat, Gun Mie dari Jepun yang menduduki tempat kedua yang ketinggalan 0.272s.

Kedudukan ketiga pula milik pelumba dari Matahari Terbit Shinya Ezawa di kedudukan dengan perbezaan 1.488s.

Pelumba negara lain pula iaitu Farish Hafiy menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 13 manakala pungutan mata keseluruhan pelumba di tempat ke-9.

Menerusi pencapaian yang dipamerkan Hakim itu sekali gus menyaksikan dia kini mengatasi pelumba lain dengan mengumpul 72 mata.

Terdahulu, pada saingan yang berlangsung semalam, Hakim turut cemerlang mengungguli Perlumbaan 1 Pusingan Kedua, ATC.

Hakim yang bermula di petak kedua, mempamer tunggangan meyakinkan apabila memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 1:58 PM