VETTEL tidak berdepan masalah meraih masa terpantas sesi latihan bebas di GP Hungary. FOTO AFP
VETTEL tidak berdepan masalah meraih masa terpantas sesi latihan bebas di GP Hungary. FOTO AFP
AFP

SEBASTIAN Vettel memberi amaran bahawa dia masih mempunyai sentuhan yang membuatkan dia berjaya meraih empat kali kejuaraan dunia apabila mencatat masa terpantas buat Ferrari ketika sesi latihan kedua di Grand Prix (GP) Hungary.

Pelumba Jerman, yang sedang mencari pasukan baru untuk musim 2021 selepas diberitahu dia sudah tidak lagi diperlukan Ferrari, mencatat masa satu minit 40.464 saat (s), mengetepikan pencabar terdekat serta pendahulu keseluruhan kategori pemandu, Valtteri Bottas (Merdedes) ketinggalan 0.272s.

Bagi Vettel dan Ferrari, ia satu pembakar semangat selepas tersingkir dari perlumbaan Ahad lalu di GP Styrian selepas berlanggar dengan Charles Leclerc pada pusingan pembukaan, menyaksikan kedua-duanya gagal menamatkan saingan.

Charles Sainz, pelumba yang dipilih untuk menggantikan Vettel di Ferarri, mencatat masa ketiga terpantas buat McLaren.

Juara dunia enam kali, Lewis Hamilton adalah salah seorang daripada beberapa pelumba yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai sesi berkenaan berikutan litar basah dan pelumba Britain hanya memilih melakukan satu pusingan saja.

Hujan lebat dijangka akan melanda Budapest dan sekitarnya kawasan hari ini, menjangkakan sesi ujian masa juga akan berlangsung dalam keadaan litar basah.

Hujung minggu lalu dalam sesi ujian masa di GP Styrian berlangsung dengan menarik di mana Hamilton berjaya memberikan pemanduan cemerlang untuk meraih petak utama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 1:28 PM