PENGANJUR bersetuju litar Imola anjur F1 sehingga 2025. -FOTO AFP
PENGANJUR bersetuju litar Imola anjur F1 sehingga 2025. -FOTO AFP
AFP

Imola: Litar Imola, Itali akan kekal dalam kalendar Formula Satu (F1) sehingga 2025 selepas kejayaan menganjurkan dua Grand Prix ketika pandemik Covid-19 melanda, kata ketua perlumbaan Stefano Domenicali.

Litar berkenaan menganjurkan GP San Marino sebanyak 27 kali sehingga 2006 dan kembali diperkenalkan semula pada 2020 sebagai venue GP Emilia Romagna.

Lewis Hamilton dari Mercedes memenangi perlumbaan pada 2020 di Imola dan seterusnya memenangi kejuaraan dunia manakala pesaingnya Max Verstappen dari Red Bull menang perlumbaan di sana ketika dinobatkan juara dunia pada 2021.

"Litar ini ikonik dan menjadi sebahagian daripada sejarah sukan kami," kata presiden F1 Domenicali.

"Mereka melakukan tugas yang luar biasa apabila menganjurkan dua perlumbaan semasa wabak Covid-19 ini.

"Kami semua tidak sabar untuk kembali ke Imola pada bulan April dan menggembirakan peminat."

Perlumbaan akan berlangsung pada 24 April di Litar Antarabangsa Enzo e Dino Ferrari di Imola, perlumbaan keempat dari 22 perlumbaan dalam kalendar F1 dengan GP Itali di Monza adalah perlumbaan ke-16 dalam senarai akan berlangsung September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 1:02 PM