Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen memenangi kejuaraan dunia F1 musim ini. FOTO EPA
Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen memenangi kejuaraan dunia F1 musim ini. FOTO EPA
Agensi

Paris: Perubahan pelumba Mercedes bagi musim 2022 mungkin dapat memudahkan tugas Max Verstappen untuk memenangi kejuaraan dunia kali kedua berturut-turut.

Demikian pandang orang kuat Red Bull, Dr Helmut Marko, yang mengulas mengenai keputusan rakan senegara dari Austria, Toto Wolff menggantikan pelumba veteran Mercedes, Valtteri Bottas kepada pelumba muda dari Williams, George Russell.

"Pertama sekali kita perlu melihat bagaimana kelajuan sebenar Russell," menurut Marko.

"Dalam saingan kelayakan tahun ini dia sangat bagus, tetapi pada perlumbaan dia tidak begitu kerap mengatasi Nicholas Latifi. Jadi kita harus melihat bagaimana kelajuannya pada perlumbaan.

"Jika dia dapat menyamai kelajuan Hamilton, ia mungkin dapat membantu kami."

Marko pegawai tertinggi Red Bull disamping Christian Horner, turut menjelaskan pandangan dalam kenyataan awalnya bahawa Wolff adalah seorang yang gagal kerana cepat mengaku kalah dalam pemburuan kejuaraan tahun ini.

Dia berpendapat di sebalik pelbagai peraturan baharu perlumbaan, Red Bull dan Mercedes akan terus bersaing hebat pada musim 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 10:36 AM