Pelumba Ducati Francesco Bagnaia pamer belang pada aksi latihan di Misano. FOTO AFP
Pelumba Ducati Francesco Bagnaia pamer belang pada aksi latihan di Misano. FOTO AFP
AFP

Misano Adriatico, Itali: Francesco Bagnaia menduduki petak depan bagi perlumbaan MotoGP San Marino dengan catatan rekod baharu pada sesi kelayakan hari ini ketika pelumba Itali itu memburu kemenangan kedua minggu ini.

Bagnaia pelumba Ducati, yang menang GP pertamanya di Aragon minggu lalu, mencatat masa terpantas satu minit, 31.065 saat di Misano, mendahului 0.249 saat daripada rakan sepasukan Jack Miller dan 0.302 saat di depan pendahulu kejuaraan Fabio Quartararo.

"Saya sangat gembira, selalunya perlumbaan yang baik bermula di petak depan." kata Bagnaia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 10:33 PM