Andre Villas-Boas bakal melakukan penampilan pertama di Kejuaraan Rali Dunia dekat Portugal. FOTO Agensi
Andre Villas-Boas bakal melakukan penampilan pertama di Kejuaraan Rali Dunia dekat Portugal. FOTO Agensi
AFP

Paris: Andre Villas-Boas akan melakukan penampilan pertama di Kejuaraan Rali Dunia bulan ini dekat Portugal, umum penganjur acara itu hari ini.

"Beberapa muslihat dan kejutan terbesar di Portugal akan tertumpu kepada kereta 57 yang akan dipandu oleh Andre Villas-Boas.

"Bekas pengendali kelab bola sepak Porto, Chelsea dan Tottenham Hotspur sudah lama meminati sukan rali dan akan melakukan penampilan pertama di WRC." menurut WRC dalam satu kenyataan.

Villas-Boas, yang memenangi kejuaraan Portugal dan Liga Europa bersama Porto pada 2011, akan memandu Citroen C3 dalam saingan divisyen tiga WRC3, yang dikhususkan kepada penyertaan kru persendirian.

Pengendali berusia 43 tahun itu, sudah sekian lama menyepi daripada bola sepak sejak meninggalkan kelab Ligue 1, Marseille pada Februari lalu.

Pada 2018, dia mengambil bahagian dalam Rali Dakar, sebelum menarik diri kerana mengalami kecederaan belakang.

Liga Portugal bagi WRC akan dianjurkan antara 20-23 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 9:17 AM