VILLAS Boas bertindak keterlaluan terhadap seorang wartawan dari Marseille. FOTO AFP
VILLAS Boas bertindak keterlaluan terhadap seorang wartawan dari Marseille. FOTO AFP
AFP

Marseille: Jurulatih Marseille, Andre Villas Boas memintas maaf kepada salah seorang wartawan daripada akhbar tempatan apabila beliau mengugut dan memarahi individu berkenaan selepas kalah aksi kelmarin.

Kelmarin, selepas pasukannya tumpas 1-2 dalam saingan Ligue 1 kepada Rennes, Villas-Boas mendekati wartawan yang berpusat di Marseille itu sebelum menepuk bahu individu berkenaan sebanyak dua kali dan melakukan ugutan.

Semalam, akhbar berkenaan mengeluarkan artikel bertajuk, 'Apabila Villas Boas menghina dan mengugut salah seorang wartawan kami'.

Awal pagi tadi bekas jurulatih Tottenham, Chelsea dan Zenit St Petersburg meminta maaf dalam satu sidang media.

"Saya sangat menyesal dengan perbuatan saya. Pendapat saya tidak berubah tapi saya faham cara saya menyampaikan menimbulkan kritikan dari anda. Kebebasan bersuara adalah salah satu hak asasi manusia yang paling berharga.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan media atau kritikan tapi saya mempunyai pengalaman dengan dua artikel yang bagi saya ia menyerang maruah dan integriti saya sebagai seorang profesional.

"Saya mempunyai reaksi yang orang lain tidak ada, saya menyesal dan bersedia meminta maaf kepada wartawan berkenaan," katanya.

Marseille sekali lagi bergelut dalam Liga Juara-Juara musim ini dan wartawan berkenaa menulis bahawa Villas Boas sekali lagi meneruskan corak yang sama sekali gus membawa hasil yang tidak cemerlang.

T

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 10:06 AM