VINALES puas berjaya muncul juara GP Emilia-Romagno. FOTO AFP
VINALES puas berjaya muncul juara GP Emilia-Romagno. FOTO AFP
AFP

Misano Adriatico: Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dari Yamaha berjaya muncul juara Grand Prix (GP) Emilia-Romagno untuk merapatkan jurang satu mata dengan pendahulu keseluruhan MotoGP, Andrea Dovizioso.

Dalam perlumbaan itu Joan Mir dari Suzuki menduduki tempat kedua, manakala rakan senegara Vinales, Pol Espargaro (KTM) menduduki tempat ketiga selepas pelumba Yamaha Petronas SRT, Fabio Quatararo of the Yamaha-SRT dikenakan penalti selepas tersasar dari litar perlumbaan.

Dovizioso yang menduduki tempat kelapan berada di tempat teratas pendahulu keseluruhan dengan kelebihan satu mata mengatasi Quartararo dan Vinales.

Dalam aksi Moto2, pelumba Itali, Enea Bastianini (Italtrans Racing) muncul juara untuk memintas kedudukan pendahulu keseluruhan daripada Luca Marini.

Seorang lagi pelumba Itali, Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46) di tempat kedua, manakala Sam Lowes (EG 0,0 Marc VDS) dari Britain di tempat ketiga.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah (Inde Aspar) menduduki tempat ke-23, manakala Kasma Daniel Kasmayudin (Onexox TKKR SAG) gagal menamatkan saingan.

Bagi aksi Moto3, pelumba Itali, Romano Fenati muncul juara selepas berjaya memintas rakan senegara, Celestino Vietti pada pusingan terakhir.

Pelumba Jepun, Ai Ogura melengkapkan kedudukan podium, manakala wakil negara, Khairul Idham Pawi (Petronas Sprinta Racing) menduduki tempat ke-24.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 10:08 PM