RYU bersama trofi juara Kejohanan Arkansas, hari ini. FOTO AFP
RYU bersama trofi juara Kejohanan Arkansas, hari ini. FOTO AFP
AFP

Washington: Pemain muda Korea Selatan, Ryu Hae-ran menang gelaran LPGA pertama selepas melakukan empat birdie dan satu eagle untuk muncul juara Kejohanan NW Arkansas, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun dari Seoul itu mengatasi cabaran hebat dan bangkit daripada kesukaran awal untuk melakukan lima bawah par 66.

Ia sudah memadai untuk mengakhiri kejohanan 54 lubang itu dengan 19 bawah 194 dan mengatasi pemain Sweden, Linnea Strom dengan kelebihan tiga pukulan di Pinnacle Country Club di Rogers, Arkansas.

"Sebelum musim ini, saya mahu muncul pemain muda terbaik tahunan, tetapi sekarang saya sudah dapat bonus dengan memenangi gelaran di Jelajah LPGA. Ia sangat bermakna," kata Ryu.

Pemain Korea Selatan, Kim Sei-young dan Jenny Shinl; pemain muda Jepun, Yuna Nishimura dan pemain Filipina, Bianca Pagdanganan berkongsi tempat ketiga dengan 198 pukulan manakala pemain Australia, Hannah Green ketinggalan satu pukulan.

Ryu bermula dengan birdie, tetapi melakukan bogey pada lubang kedua dengan par 5 dan par 4 di lubang kelima, tetapi kemudian menyedari semakin hampir meraih trofi tidak lama kemudian.

"Permainan saya agak buruk pada sembilan lubang pertama dan di tiga lubang pertama, pukulan iron saya tersasar jauh," kata Ryu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 9:16 AM