PASUKAN silat Pahang sedia menggegar Sukma di Sarawak, Ogos ini. FOTO PESAKA PAHANG
PASUKAN silat Pahang sedia menggegar Sukma di Sarawak, Ogos ini. FOTO PESAKA PAHANG
Asrol Awang


Kuantan: Persatuan Silat Negeri Pahang (Pesaka Pahang) mempertaruhkan 34 pesilat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan.

Setiausaha Agung Pesaka Pahang, Datuk Osman Nok berkata, ia membabitkan 19 pesilat lelaki dan 15 wanita berumur antara 17 hingga 21 tahun.

"Seramai 20 pesilat akan menyertai acara silat olahraga dan 14 pesilat pula bagi acara silat seni yang dikendalikan tujuh jurulatih.

"Ketika ini, semua pesilat menjalani latihan di Pusat latihan Silat Temerloh, Temerloh dan sudah berada pada tahap 90 peratus daripada segi mental dan fizikal.

"Hanya empat pesilat pernah beraksi di Sukma Kuala Lumpur 2022 manakala 30 pesilat adalah atlet baharu," katanya.

Osman berkata, saingan sengit dijangka daripada pesilat Terengganu dan Sarawak, namun dia berharap mereka dapat memperbaiki pencapaian tiga emas pada Sukma Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 6:55 PM