PELARI Kenya, Eliud Kipchoge memenangi Maraton Berlin Marathon dengan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri, hari ini. FOTO AFP
PELARI Kenya, Eliud Kipchoge memenangi Maraton Berlin Marathon dengan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri, hari ini. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bintang Kenya, Eliud Kipchoge memecahkan rekod dunia sendiri acara maraton dengan perbezaan 30 saat apabila mencatat masa 2 jam 1 minit dan 10 saat di Maraton Berlin, hari ini.

Pada separuh perlumbaan, pemenang pingat emas maraton di Sukan Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 itu dilihat akan menjadi pelari pertama mencatatkan masa di bawah dua jam.

Walaupun sedikit perlahan, atlet berusia 37 tahun itu memecahkan rekod sendiri yang dicatatkan di Berlin pada 2018.

Seorang lagi atlet Kenya, Mark Korir menduduki tempat kedua dengan catatan 2:05:58s manakala atlet Ethiopia, Tadu Abate menduduki tempat ketiga dengan catatan 2:06:28s.

Pelari Ethiopia, Andamlak Belihu, yang bersaing dengan Kipchoge pada dua pertiga perlumbaan, sekadar menduduki tempat keempat.

Bagi kategori wanita, pelari Ethiopia, Tigist Assefa mencatatkan masa ketiga terpantas dalam sejarah dan rekod di Berlin iaitu 2:15:37s.

Assefa tidak diletakkan sebagai pilihan menjelang perlumbaan, tetapi larian sensasinya berjaya memperbaiki rekod peribadi terbaik sebanyak 18 minit.

Kipchoge yang pada Jumaat lalu menyatakan dia hanya mahu 'berlari pada perlumbaan yang baik' memecut awal dan jelas bukan hanya mensasarkan rekod dunia, malah mahu berlari di bawah masa dua jam.

Seramai tujuh pelari bersama Kipchoge pada 10 kilometer (km) pertama, sebelum juara 2021, Guye Adola dan Belihiu membuat pemisahan selepas 15km.

Adola tidak mampu mengekalkan rentak dan ketinggalan selepas 18km, manakala Kipchoge dan Belihu sampai di penanda separuh perlumbaan dalam masa kurang sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2022 @ 6:14 PM