Rafael Nadal
Rafael Nadal
AFP

Paris: Juara Grand Slam 22 kali Rafael Nadal berharap dapat kembali daripada kecederaan untuk beraksi pada Terbuka Barcelona minggu depan.

"Latihan pertama... dengan harapan berada di sini beberapa hari ini sebelum kejohanan bermula. Saya di sini untuk melihat bagaimana keadaannya... dengan keinginan untuk mencuba bermain," tulis Nadal di media sosial.

Namun, dia turut menambah: "Penting untuk mengatakan bahawa saya tidak mahu mengesahkan bahawa akan bermain, mudah-mudahan saya akan bermain."

Khamis lalu, Nadal yang berusia 37 tahun terpaksa menarik diri daripada Masters Monte Carlo selepas disahkan belum lagi pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Pemenang Terbuka Perancis 14 kali itu terlepas hampir keseluruhan musim 2023 kerana kecederaan dan hanya bermain di Kejohanan Brisbane Antarabangsa musim ini, di mana dia merasakan kecederaan pinggul memuncak selepas tewas di peringkat suku akhir kepada Jordan Thompson.

Situasi terbabit menyebabkan bintang tenis itu terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Australia serta Doha dan Indian Wells.

Hanya satu saja penampilan sejak Brisbane pada aksi menentang Carlos Alcaraz di Las Vegas pada Mac lalu di mana pemerhati mencatatkan sedikit ketidakselesaan di belakangnya.

Malah, kemungkinan pada tahun terakhir Nadal dalam siri jelajah menyebabkan dia kini terdesak untuk mahu menyertai lebih banyak kejohanan tanah liat dan turut menyimpan hasrat memenangi gelaran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2024 @ 10:29 AM