ACARA olahraga di Sukan Olimpik. FOTO Agensi
ACARA olahraga di Sukan Olimpik. FOTO Agensi
AFP

Paris: Persekutuan Olahraga Dunia mengumumkan hadiah wang tunai buat setiap pemenang pingat emas dalam acara olahraga di Sukan Olimpik Paris, sekali gus muncul persatuan pertama yang melakukannya.

Pemenang pingat emas bakal meraih durian runtuh dengan sejumlah wang 50,000 dollar Amerika atau bersamaan RM237,000 buat 48 atlet yang bakal bersaing dalam acara olahraga di temasya sukan terbesar dunia itu.

Walaupun atlet sering mendapat tajaan daripada syarikat atau jenama sesuatu produk, langkah Persekutuan Olahraga Dunia itu dijangka bakal membawa anjakan besar buat sukan itu.

Presiden Persekutuan Olahraga Dunia, Sebastian Coe berkata, ia bakal menarik jutaan mata untuk menyaksikan temasya Olimpik itu khususnya dalam acara olahraga.

"Kami dah menyatakan perancangan kami kepada Komiti Olimpik Antarabangsa baru-baru ini, dan mengharapkan kerjasama daripada mereka.

"Ia bukan saja dapat menarik minat peminat seluruh dunia kepada Sukan Olimpik Paris, malah ia secara langsung menambah tarikan kepada acara olahraga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2024 @ 9:36 PM