AKSI Murray ketika bertemu Machac. FOTO AFP
AKSI Murray ketika bertemu Machac. FOTO AFP
AFP

Miami: Bintang tenis Britain, Andy Murray berdepan tempoh rehat yang panjang selepas mengalami kecederaan buku lali yang serius ketika tersingkir pada pusingan ketiga Terbuka Miami, semalam.

Murray dilihat keluar dari gelanggang dengan kesakitan selepas kekalahannya kepada pemain Republik Czech, Tomas Macchac.

Murray berkata, dia mengalami patah ligamen talofibular anterior (ATFL) dan hampir pecah sepenuhnya ligamen calcaneofibular (CFL).

"Saya akan berjumpa pakar buku lali apabila pulang ke rumah sebelum membuat keputusan langkah seterusnya," tulis Murray di Instagram.

"Kecederaan kali ini sangat sukar untuk saya hadapi dan mungkin terpaksa berehat dalam tempoh yang lama. Saya akan kembali apabila tiba masanya," katanya lagi.

Murray, yang akan berusia 37 tahun pada Mei depan, sudah menyatakan dia akan bersara akhir tahun ini selepas bergelut dengan prestasi sejak menjalani pembedahan pinggul pada 2019.

Dia berkemungkinan akan beraksi di Sukan Olimpik dekat Paris dan kemudian Wimbledon, di mana dia pernah memenanginya dua kali, sebelum meninggalkan sukan itu.

Murray kini berada di kedudukan ke-62 dalam ranking dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 11:11 AM