ANDY Murray ketika sesi latihan. Foto EPA
ANDY Murray ketika sesi latihan. Foto EPA
Agensi

KETIKA pemain lain senang sibuk membuat persiapan rapi menjelang kejohanan tenis Wimbledon, Andy Murray pula menghadapi masalah jangkitan kuman pada mulut akibat tekanan.

‘Ia adalah penderitaan teruk yang paling diingati sepanjang tahun' - luah Murray selepas pelancaran buku berjudul 77, yang diterbitkan selepas kejayaan pertamanya menjuarai kejohanan All England Club, pada 2013.

Murray menjangkakan penyakit itu akan pulih dalam tempoh dua minggu lagi, dan berharap dia berpeluang menyaksikan perlawanan tenis di Wimbledon, sekali gus mengubati kekecewaannya yang tersingkir di pusingan kedua.

"Cukup jelas, Wimbledon memang istimewa untuk saya kerana banyak sebab. Saya sentiasa mahu bersaing di sini. Rasanya agak ganjil apabila saya tidak beraksi di kejohanan kali ini.

"Biasanya, di peringkat ini, saya akan berasa amat tertekan kerana berharap dapat melangkah jauh dalam kejohanan.

“Ia memang sukar, tetapi saya sentiasa memang menikmati keseronokannya, namun kali ini keadaannya amat berbeza," kata Murray yang tidak layak beraksi di Wimbledon.

Peluang Murray untuk beraksi di Wimbledon kali ini, terkubur selepas jaguh Britain itu terkandas 6-4, 6-4 seawal pusingan kedua di tangan rakan senegara, Kyle Edmund di kejohanan Antarabangsa Nature Valley, Selasa lalu.

Murray yang juga pemenang dua kali Wimbledon, tergelincir ke ranking 156 dunia, selepas hanya membuat penampilan semula di Queens minggu lalu, berikutan kecederaan pinggul yang memaksanya berehat selama 11 bulan.

Awalnya, pemain berusia 31 tahun itu tewas di pusingan pertama Queens, tetapi mendapat sedikit tonik apabila mengetepikan pemenang tiga gelaran Grand Slam, Stan Wawrinka pada aksi pembukaan di Eastbourne, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 2:07 PM