LEDECKY melihat catatan masanya selepas menamatkan renangan.
LEDECKY melihat catatan masanya selepas menamatkan renangan.
AFP

Washington: Katie Ledecky memberi amaran kepada pesaingnya dengan satu lagi kemenangan dominan dalam acara 1,500 meter (m) gaya bebas wanita di kejohanan Siri Pro Swim di Knoxville, Tennessee, awal pagi tadi.

Catatan masa Ledecky 15 minit 38.81 saat adalah yang ke-17 terpantas dalam sejarah. Dia memegang semua 16 catatan masa terpantas manakala perenang kedua terpantas Lotte Friis dari Denmark kini pemegang catatan masa ke-18 terpantas dengan masa15:38.88.

Ledecky, yang memiliki lima gelaran dunia dalam acara itu memenangi pingat emas Olimpik di Tokyo apabila acara 1,500m gaya bebas dimasukkan dalam Sukan Olimpik yang menyaksikan dia mencatat masa 52.42 saat lebih pantas daripada Aly Breslin yang menduduki tempat kedua dengan catatan 16:43.09.

Ashley Wall yang kedua terpantas keseluruhan memenangi acara saringan dengan catatan masa 16:31.13. Catatan masa Ledecky adalah penambahbaikan daripada 15:46.38 yang dicatatkannya semasa memenangi kejohanan Terbuka AS di Greensboro, North Carolina pada November.

Kejohanan minggu ini salah satu acara pemanas badan sebelum Olimpik Paris 2024 di mana Ledecky berusaha untuk menambah koleksi tujuh pingat emas Olimpiknya.

Bobby Finke selaku pemenang dua emas dalam acara jarak jauh di Olimpik Tokyo pula memenangi acara 1,500m lelaki dengan catatan masa 15:04.43 manakala Felix Auboeck dari Austria kedua terpantas dengan catatan masa 15:14.70.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 12:43 PM