ZARIF tekad realisasi impian.
ZARIF tekad realisasi impian.
Lydia Saiful

Kuala Lumpur: Pemanah negara, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli mencorak strategi untuk merebut slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, tahun depan.

Jaguh acara recurve itu berharap dapat merealisasikan impian melalui Kejohanan Piala Dunia Memanah 2024 Peringkat 3 di Antalya, Turkiye, pada Mei depan.

"Ketika ini, fokus saya dan pasukan memanah adalah persediaan bagi kejohanan di Turki itu. Persediaan dibuat membuat 'team building' dan meningkatkan kecergasan bersama atlet memanah dan pelapis lain.

"Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan atlet memanah tidak dapat berlatih bersama disebabkan kesibukan harian yang berbeza.

"Saya terpaksa berlatih pada waktu pagi di Majlis Sukan Negara (MSN), Nilai disebabkan jadual kelas yang padat pada waktu petang," katanya.

Zarif berkata, dia dan atlet memanah lain sentiasa optimis untuk layak ke Paris 2024.

"Banyak usaha berterusan boleh dilakukan untuk mencapai semula kembali momentum diperlukan demi keseluruhan prestasi dalam pertandingan akan datang.

"Ini langkah strategi penting bagi persediaan kami dalam mencapai prestasi terbaik terutama untuk mendapatkan semula beat shooting," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 3:40 PM