MSSD Maran ‘A’ muncul juara Kejohanan Sepak Takraw B-16 Tahun Tertutup Pahang 2023. FOTO MOHD RAFI MAMAT
MSSD Maran ‘A’ muncul juara Kejohanan Sepak Takraw B-16 Tahun Tertutup Pahang 2023. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Trio Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Maran 'A' menewaskan MSSD Rompin 'A' 3-1 untuk muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Bawah 16 Tahun Tertutup Pahang 2023 di Dewan Majlis Sukan Pahang (MSP), di sini kelmarin.

Pada saingan akhir yang begitu sengitu menyaksikan set pertama berpihak pada MSSD Rompin 'A' 21-13, kebangkitan MSSD Maran 'A' dilakukan pada set dengan 21-12 dan 16-14.

Johan MSSD Maran 'A' menerima hadiah piala pusingan, medal dan wang tunai RM400; naib johan MSSD Rompin 'A' membawa pulang medah dan wang tunai RM300; ketiga MSSD Maran 'B' (RM150) dan keempat MSSD Temerloh (RM150).

Kejohanan kali pertama anjuran Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang (PSTNP) dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP)disertai sebanyak 24 pasukan yang bertujuan mencungkil bakat baharu sebagai pelapis pasukan Pahang.

Hadiah disampaikan Naib Presiden II PSTNP, Nara Nordin.

Menurut Nara, pihaknya akan menjadikan Kejohanan Sepak Takraw Bawah 16 Tahun Tertutup Pahang sebagai acara tahunan yang disertai pasukan disetiap daerah.

Setiap daerah sekurang-kurangnya menghantar dua pasukan.

Katanya, pada kejohanan kali ini pasukan terdiri daripada MSSD dan kelab, sebanyak 24 pasukan yang bertanding pada kali ini dianggap memuaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2023 @ 3:10 PM