VAN Avermaet masih berbisa. FOTO Cyclingnews
VAN Avermaet masih berbisa. FOTO Cyclingnews
AFP

Paris: Bekas juara berbasikal Olimpik, Greg Van Avermaet menang buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun selepas muncul juara perlumbaan lepas beramai-ramai di Perancis di Boucles de l'Aulne.

Van Avermaet berusia 37 tahun itu bersama kelab AG2R-Citroen, sebelum ini memenangi pingat emas Olimpik dalam acara lebuh raya ketika Olimpik Rio pada 2016.

"Saya sangat gembira. Cukup emosi, sebenarnya," kata Van Avermaet.

"Kemenangan adalah perasaan yang sangat istimewa dan sudah lama saya tidak menang. Itulah yang kami semua sasarkan untuk lakukan apabila kami memulakan perlumbaan.

"Beberapa tahun kebelakangan ini tidak mudah, tetapi saya sentiasa kekal bermotivasi. Saya sangat gembira untuk meraih kemenangan buat kali pertama dalam jersi AG2R Citroen Team.

Pelumba Belgium itu menghabiskan masa lima tahun berikutnya memakai gelang emas di lengannya, sebagai juara berbasikal Olimpik.

Sementara pemegang acara lebuh raya Olimpik di Tokyo, Primoz Roglic memakai topi keledar emas di Giro d'Italia.

Van Avermaet menamatkan saingan 2017 sebagai pelumba nombor satu dunia dan pada 2018 menjuarai Tour de France dan perlumbaan terakhirnya adalah di Grand Prix 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2023 @ 10:34 AM