SHA’CARRI membuat penampilan pertama dalam acara 200m di Nairobi tahun ini. FOTO Reuters
SHA’CARRI membuat penampilan pertama dalam acara 200m di Nairobi tahun ini. FOTO Reuters
AFP

Nairobi: Bintang pecut Amerika, Sha'Carri Richardson, kembali ke prestasi terbaik apabila meraih kemenangan mudah dalam acara 200m wanita di Kip Keino Classic di Nairobi ketika Ferdinand Omanyala mencatat rekod terbaik dunia tahun ini dalam acara 100m.

Menjadi pelari terpantas di dunia tahun ini dalam acara 100m, pelari Amerika Syarikat berusia 23 tahun itu menguasai balapan selepas merekodkan catatan 22.07 saat.

Kemenangannya dalam acara 200m hadir seminggu selepas dia memenangi acara 100m dengan catatan 10.76s ketika menyertai aksi pembukaan Liga Berlian di Doha.

"Perlumbaan itu menakjubkan. Saya datang ke Kenya dengan mengetahui bahawa saya tidak mempunyai alasan selain untuk melakukan yang terbaik," kata Sha'Carri dengan gembira.

"Saya tahu saya mempunyai lebih banyak perkara untuk dilakukan untuk peminat saya, untuk orang yang saya sayangi."

Ia adalah kemenangan pertamanya dalam acara 200m tahun ini selepas menduduki tempat kedua di Grand Prix Botswana, perlumbaan kedua Jelajah Emas Olahraga Benua di Gaborone pada 29 April.

Dengan saingan pecut hanya datang dari Shelly-Ann Fraser-Pryce dari Jamaica yang terpaksa menarik diri daripada acara itu Nairobi selepas mengalami kecederaan lutut Khamis lalu, Sha'Carri menjadi tarikan utama pada penampilan sulungnya di Kenya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 11:46 AM