YIBING terpaksa berdepan pertarungan sengit sebelum muncul juara Terbuka Dallas. FOTO Agensi
YIBING terpaksa berdepan pertarungan sengit sebelum muncul juara Terbuka Dallas. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Wu Yibing berjaya mengatasi serangan menggila John Isner untuk menjadi pemain China lelaki pertama memenangi gelaran Jelajah ATP selepas menjulang trofi Terbuka Dallas.

Pemain berusia 23 tahun dari Hangzhou itu berjaya menyelamatkan empat mata kemenangan sebelum menang 6-7 (4/7), 7-6 (7/3), 7-6 (14/12) dalam tempoh tiga jam bagi meraih kejuaraan sulung ATP.

Yibing, yang melonjakkan kedudukan dunia tahun lalu dari ranking ke-1,869 Mac lalu kepada 97 dunia, terbaring di gelanggang kerana gembira berikutan kemenangannya itu.

Ia berikutan selepas pertarungan sengit antara dia dan Isner, yang mengancam untuk mengalahkan pemain China itu dengan melakukan 44 ace.

Jumlah pukulan ace Isner yang memukau hanya kurang satu daripada rekod ace sepanjang zaman yang dibuat Ivo Karlovic pada 2015.

"Saya mencipta sejarah di sini untuk negara saya. Saya sangat bangga dengan diri saya sendiri.

"Ia adalah perlawanan yang sangat sukar hari ini. Saya hanya menadah sahaja, saya tidak tahu, mungkin 100 ace," kata Yibing dalam ucapan di gelanggang selepas kemenangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2023 @ 9:27 AM