JAMES (kanan) bersama Kareem Abdul-Jabbar selepas tamat perlawanan menentang Oklahoma City Thunder.
JAMES (kanan) bersama Kareem Abdul-Jabbar selepas tamat perlawanan menentang Oklahoma City Thunder.
Agensi

Los Angeles: LeBron James muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman NBA selepas mengatasi rekod sekian lama milik Kareem Abdul-Jabbar.

Bintang Los Angeles Lakers itu meraih 38 mata ketika pasukannya tewas 130-133 kepada Oklahoma City Thunder semalam sekali gus memintas catatan Abdul-Jabbar iaitu 38,387 mata yang dilakukannya pada 1989.

Abdul-Jabbar pada awalnya memecah rekod jaringan pada April 1984, lapan bulan sebelum James dilahirkan.

"Melakukannya di hadapan legenda hebat Kareem, ia sangat bermakna buat saya," kataa James.

Jaguh berusia 38 tahun itu yang memerlukan 36 mata untuk memecahkan rekod melakukannya dengan bergaya pada suku ketiga dan dia menamatkan perlawanan dengan jumlah keseluruhan 38,390 mata dalam kariernya.

James yang beremosi mengangkat kedua-dua tangannya sambil disaksikan Abdul-Jabbar, 75, yang berdiri bersama penonton lain di gelanggang Lakers itu.

Dalam ucapan ringkasnya, dia menjangkakan akan bermain untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi.

"Saya tahu saya mampu beraksi beberapa tahun lagi, ia semuanya mengenai minda saya," kata James. "Jika minda saya masih memikirkannya, saya pasti bermotivasi untuk terus menyertai kejohanan.

"Saya rasa saya mampu melakukannya."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 9:29 AM