FURY tawarkan gelaran dunia kepada Joshua tahun lalu. FOTO The Sun
FURY tawarkan gelaran dunia kepada Joshua tahun lalu. FOTO The Sun
Agensi

London: Tyson Fury menutup pintu kepada pertarungan ulangan menentang Anthony Joshua.

Dua petinju itu dikatakan akan melakukan kejutan pada Disember lalu selepas Fury menawarkan gelaran dunia tetapi pertarungan hebat itu gagal untuk direalisasikan.

Peminat tinju British masih berharap perlawanan membalas dendam itu berlangsung tetapi Fury tidak mahu ia berulang dan sudahpun melupakannya.

Katanya: "Saya tidak berminat untuk bercakap mengenai Joshua, pertarungan dengan dia sudah lama berlalu.

Fury, 34, kini dalam persiapan untuk pertarungan menentang juara heavyweight dunia Oleksandr Usyk.

Pertembungan hebat itu pada mulanya bakal berlangsung pada 4 Mac tetapi kini dianjakkan ke April.

Penganjur bersama Frank Waren berkata: "Kami menjangkakan akan ada beberapa tawaran minggu ini tetapi tiada satupun daripada mereka yang berjaya dan kemudiannya Tyson akan membuat keputusan.

"Saya harap ia akan berlaku pada penghujung Mac atau awal April kami sedang berusaha ke arah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2023 @ 2:01 PM