PERTARUNGAN Fury menentang Joshua tidak mungkin akan berlangsung dalam waktu terdekat ini. -FOTO Agensi
PERTARUNGAN Fury menentang Joshua tidak mungkin akan berlangsung dalam waktu terdekat ini. -FOTO Agensi
Agensi

London: Tyson Fury menyindir Anthony Joshua dengan berkata 'gelandangan tua tak berguna' dan dia akan terlepas perlawanan semula dengan Oleksandr Usyk dan 'kariernya sudah tamat'.

Pertelingkahan antara Fury dan Joshua kini semakin tegang berbanding sebelum ini .

Fury bersedia untuk mempertahankan gelaran heavyweight WBC dan Ring Magazine menentang Dillian Whyte manakala Joshua akan cuba untuk mendapatkan semula gelaran WBA, WBO, IBF dan IBO dalam perlawanan semula menentang Usyk.

"Saya fikir dia adalah gelandangan yang tidak berguna, Anthony Joshua.

"Dia bukan seorang pertinju yang hebat. Melawan pertinju yang separuh daripada beratnya dengan kaki lebih pendek itu bukan seorang yang hebat," kata Fury kepada ESPN.

"Jadi adakah saya fikir dia seorang pejuang yang hebat?. Tidak, saya tidak fikir dia seorang pejuang yang hebat. Saya fikir dia seorang yang tidak berguna.

"Bagi saya, dia adalah orang tua yang tidak berguna. Dia tidak akan melepasi Oleksandr Usyk dalam pertarungan seterusnya, kariernya sudah tamat," katanya.

Joshua menegaskan dia boleh bangkit daripada kekalahan yang tidak adil kepada pertinju Ukraine pada September, sama seperti dia menewaskan Ruiz dalam perlawanan timbal balik mereka, untuk mendapatkan semula gelaran dunianya.

Joshua sebelum ini berjanji melakukan segalanya dengan kuasa yang ada padanya untuk memastikan pertarungan berdepan Tyson Fury dilangsungkan sebelum dia bersara dan menegaskan ia akan berlaku di mana-mana venue dekat Britain yang menjadi pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 2:42 PM