SKUAD ragbi 7 sebelah wanita negara menewaskan Filipina, 22-12 di Bangkok, hari ini.
SKUAD ragbi 7 sebelah wanita negara menewaskan Filipina, 22-12 di Bangkok, hari ini.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Skuad ragbi 7 sebelah wanita negara akhirnya meraih kemenangan pertama apabila menundukkan Filipina 22-12 pada pertemuan peringkat kumpulan Siri 1 Kejohanan Asia Rugby Sevens Series 2022 di Bangkok, Thailand, hari ini.

Selepas tewas dua perlawanan kumpulan B kepada China dan Hong Kong tempoh hari, skuad kendalian Muhammad Siddiq Amir Jalil bangkit pada pertemuan tempat kelima hingga ketujuh yang berlangsung di Stadium Boonyachinda.

Pasukan wanita negara akan berentap dengan satu lagi pasukan pada lewat petang ini bagi penentuan tempat kelima, sekali gus memberi peluang mereka memperbaiki kedudukan pada kejohanan terbabit.

Menurut Muhammad Siddiq, pemain tampil lebih menyakinkan pada pertemuan menentang Filipina, sekali gus mampu mengejutkan lawannya itu dengan merekodkan bergaya.

"Kita layak diri ke penentuan tempat kelima dan keenam dengan bertemu Kazakhstan petang nanti, sekali gus mengharapkan barisan pemain boleh mengekalkan momentum kemenangan ini.

"Kita menimba banyak pengalaman pada perlawanan kali ini terutama apabila bertemu dengan pasukan gergasi seperti Hong Kong dan akan memperbaiki kelemahan bagi mengharungi kejohanan akan datang," katanya.

Sementara itu, nasib malang terus melanda pasukan 7 sebelah lelaki apabila tewas 14-19 kepada Filipina, sekali gus mengakhiri saingan di tempat ketujuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 4:35 PM