PESERTA memakai pakaian beragam di Maraton London, Ahad lalu. FOTO Reuters
PESERTA memakai pakaian beragam di Maraton London, Ahad lalu. FOTO Reuters
Reuters

London: Pelari berusia 36 tahun yang menyertai Maraton London, Ahad lalu, meninggal dunia selepas terjatuh ketika perlumbaan, kata penganjur, semalam.

Pelari lelaki dari Southeast England, yang tidak dinamakan oleh penganjur itu, rebah selepas penanda 37 kilometer (km) perlumbaan.

"Walaupun dia mendapat rawatan kecemasan awal dan ambulans turut berada di lokasi kejadian dalam masa tiga minit, dia meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian," kata penganjur menerusi kenyataan.

"Keluarganya meminta ruang privasi dan tiada maklumat lanjut akan didedahkan sebagai memenuhi permintaan mereka.

"Punca kematian akan dimaklumkan kemudian selepas pemeriksaan perubatan."

Atlet Kenya, Amos Kipruto menang gelaran pertama Maraton London bagi kategori lelaki manakala peserta Ethiopia, Yalemzerf Yehualaw mengejutkan banyak pihak untuk muncul juara kategori wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2022 @ 8:53 AM