WILDER (kiri) ketika menentang Fury pada Februari tahun lalu.
WILDER (kiri) ketika menentang Fury pada Februari tahun lalu.
Reuters

New York: Bekas juara heavyweight WBC, Deontay Wilder akan kembali ke gelanggang menentang petinju Finland, Robert Helenius pada 15 Oktober, pertarungan pertamanya sejak tewas kepada Tyson Fury tahun lalu, menurut penganjur hari ini.

Wilder (42-2-1) tewas pada pusingan ke-11 di Las Vegas, kekalahan keduanya berturut-turut di tangan jaguh Britain itu yang berjaya mempertahankan gelaran heavyweigh WBC. Pertarungan pertama mereka pada Disember 2018 yang berakhir keputusan seri.

"Ia perjalanan jauh buat saya dan hari ini ia berterusan," menurut Fury, 36, yang tugunya dibina di bandar kelahirannya di Tuscaloosa, Alabama awal tahun ini.

"Saya fikir banyak kali sama ada terus kekal meninggalkan sukan ini atau membuat kemunculan semula. Sebaik sahaja tugu dibina dan ramai orang datang dan meraikan bersama saya, terdetik di hati ini tugas belum selesai."

Pertarungan bakal berlangsung di Brooklyn's Barclays Center, venue Wilder menewaskan Dominic Breazeale, Luis Ortiz dan Bermane Stiverne.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 7:13 PM