ATLET China, Feng Bin mencipta kejutan memenangi pingat emas acara lempar cakera wanita di Kejohanan Olahraga Dunia, hari ini. FOTO EPA
ATLET China, Feng Bin mencipta kejutan memenangi pingat emas acara lempar cakera wanita di Kejohanan Olahraga Dunia, hari ini. FOTO EPA
Reuters

Eugene: Atlet China, Feng Bin mencipta kejutan apabila memenangi final acara lempar cakera wanita di Kejohanan Olahraga Dunia, hari ini, manakala juara Olimpik dari Amerika Syarikat (AS), Valerie Allman meraih gangsa.

Feng mencatat 69.12 meter (m) pada lemparan pertama iaitu catatan peribadi terbaik dan paling jauh pada musim ini manakala juara Olimpik dua kali dari Croatia, Sandra Perkovic memenangi perak dengan jarak 68.45m pada lemparan kedua.

"Saya sangat teruja dan perlu mengakui semua pesaing melakukan tugas dengan baik hari ini," kata Feng.

"Ketika datang ke Eugene, saya tidak menjangkakan keputusan ini, sebaliknya hanya mahu melakukan yang terbaik."

Berbekalkan sokong padu penyokong tuan rumah, Valerie melempar cakera paling jauh pada percubaan ketiga dan dia melompat kegembiraan, namun catatan itu masih jauh berbanding Feng dan hanya melakukan 51.41m pada percubaan terakhir.

Feng yang memiliki ketinggian 1.82m melakukan 64.62m pada balingan terakhir dan menumbuk ke udara selepas mencipta kejutan yang juga emas pertama China dalam acara itu sejak Li Yanfeng pada 2011.

"Saya teruja dengan keputusan ini dan mahu berkongsi kegembiraan bersama keluarga serta rakan," kata Feng.

Juara bertahan, Yaime Perez dari Cuba hanya menduduki tempat ketujuh dengan catatan 63.07s.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 1:46 PM