TZE Liang (kiri) dan Yiwei beraksi cemerlang. FOTO Agensi
TZE Liang (kiri) dan Yiwei beraksi cemerlang. FOTO Agensi
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Kem terjun negara memberikan khabar gembira buat peminat sukan tanah air apabila menghadiahkan emas kedua menerusi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Sukan Sea Hanoi di Vietnam, sebentar tadi.

Acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Vietnam menyaksikan dua penerjun negara, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei tidak berhadapan masalah meraih emas.

Pada acara berkenaan, negara Tze Liang-Yiwei berjaya mengalahkan peserta tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phung The Anh untuk berada di kedudukan pertama acara terbabit.

Walaupun, hanya dua negara menyertai acara berkenaan, dua penerjun negara tetap mempamerkan aksi konsisten untuk membawa pulang pingat emas buat kontinjen negara.

Mengikut rekod, Malaysia meneruskan dominasinya dalam acara 3 meter papan anjal seirama selepas memenangi pingat emas acara itu dalam edisi 2013, 2015 dan 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 6:53 PM