TZE Liang dan Yiwei rangkul pingat pertama tahun ini.
TZE Liang dan Yiwei rangkul pingat pertama tahun ini.
Ferzalfie Fauzi

PASANGAN atlet terjun negara, Ooi Tze Liang-Chew Yiwei berjaya meraih gangsa di Grand Prix FINA di Calgary, Kanada dalam acara tiga meter papan anjal seirama lelaki.

Tze Liang-Yiwei mengumpul 364.23 mata manakala pingat emas diraih wakil tuan rumah, Philippe Gagne-Francois Imbeau Dulac yang mencatat 398.73 mata.

Perak pula diraih Anthony Harding-Jordan Houlden dari Great Britain yang meraih 384.39 mata.

Ini adalah pingat pertama Tze Liang-Yiwei untuk musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 1:49 PM