LINDA melakukan servis ketika menentang Victoria. FOTO AFP
LINDA melakukan servis ketika menentang Victoria. FOTO AFP
AFP

Miami: Pemain Czech, Linda Fruhvirtova muncul pemain termuda mara ke peringkat 16 terakhir Terbuka Miami sejak 2004 selepas bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka menarik diri di pusingan ketiga.

Linda yang berusia 16 tahun hadir ke kejohanan dengan ranking ke-279 tetapi dia mendominasi juara dua kali Terbuka Australia itu apabila mendahului 6-2, 3-0 sebelum pemain veteran Belarus itu menarik diri.

Victoria, 32, yang menangis selepas tewas kepada Elena Rybakina di Indian Wells awal bulan ini tampak berdepan masalah ketika menentang Linda.

"Saya tak tahu apa yang berlaku di penghujung," kata Linda.

"Dia bergelut dengan kecederaan, saya tak tahu tetapi apa yang pasti, saya bangga berkongsi gelanggang dengannya. Anda sudah tentu tidak mahu perlawanan berakhir seperti ini. Kami bersalaman dan dia keluar."

Linda yang juga pemain wildcard beraksi di kejohanan utama WTA pertamanya dan mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan ke-24 dari Belgium, Elise Mertens pada pusingan sebelum ini dan akan menentang pilihan kelima dari Sepanyol, Paula Badosa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2022 @ 9:09 AM