Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty dari Australia umum persaraan mengejut. FOTO EPA
Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty dari Australia umum persaraan mengejut. FOTO EPA
AFP

Sydney: Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengejutkan dunia tenis hari ini dengan mengumumkan persaraan awal dari sukan itu pada usia 25 tahun.

Ashleigh tampil mengejutkan ramai pihak selepas seminggu menjadi juara pertama di gelanggang negara asalnya pada Terbuka Australia dalam tempoh 44 tahun, selain menyertai kelab paling eksklusif diraja tenis dengan mahkota Grand Slam di tiga permukaan berbeza.

"Hari ini hari sukar dan penuh dengan emosi buat saya ketika saya mengumumkan persaraan dari tenis," katanya dalam klip video yang disiarkan di Instagram.

Dalam video penuh sebak pesanan bersama rakan karibnya dan bekas gandingan beregu Casey Dellacqua, Ashleigh berkata dia berterima kasih terhadap semua yang dimiliki dan dicapai dalam sukan itu.

"Saya sangat gembira dan sudah bersedia. Saya sedar ini adalah masa paling sesuai. Saya sangat bersyukur dengan pencapaian dalam tenis, ia menyempurnakan segala impian saya.

"Saya berasakan sekarang adalah masa tepat untuk saya pergi dan mengejar impian lain."

Ashleigh berada dalam ranking nombor satu dunia lebih daripada dua tahun dan bersara selepas memenangi tiga kejuaraan perseorangan Grand Slam antaranya di Terbuka Perancis 2019, Wimbledon 2021 dan Terbuka Australia tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2022 @ 12:03 PM