NADAL puas selepas berjaya menumpaskan Medvedev di separuh akhir Terbuka Mexico. FOTO EPA
NADAL puas selepas berjaya menumpaskan Medvedev di separuh akhir Terbuka Mexico. FOTO EPA
Reuters

Acapulco: Rafael Nadal menumpaskan pemain nombor satu dunia yang baru Daniil Medvedev 6-3, 6-3 untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka Mexico di Acapulco.

Nadal perlu bangkit selepas ketinggalan dua set pada pertembungan final Terbuka Australia di Melbourne bulan lalu untuk mencipta rekod meraih gelaran ke-21 Grand Slam namun di Mexico pemain kelahiran Sepanyol itu bermula dengan garang.

Medvedev terpaksa bertahan untuk beberapa servis pertamanya, sebelum Nadal berjaya mematahkan bagi mendahului 3-1 seterusnya berjaya memenangi set pertama 6-3.

Nadal meneruskan momentum di set kedua dengan mematahkan servis lawan di awal saingan untuk mendahului 1-0 namun Mevedev cuba memberi tentangan dan mula mencipta beberapa masalah kepada bekas pemain nombor satu dunia terutama dengan pukulan kilas rendah.

Sebelum itu, pilihan keenam dari Britain, Cameron Norrie berjaya menghalang pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas daripada mara ke final dua kali berturut-turut di Acapulco selepas menang 6-4, 6-4 dalam aksi satu jam 18 minit.

"Saya berasa kurang sihat pada awal perlawanan. Saya berasa gementar namun servis yang dilakukan sentiasa membantu.

"Saya berjaya menguasai permainan dan berjaya mematahkan pukulan kilas yang dilakukannya," kata Norrie.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 3:03 PM