TIGER Woods. FOTO EPA
TIGER Woods. FOTO EPA
Agensi

Los Angeles: Tiger Woods sedang berusaha untuk kembali beraksi di lapangan golf ketika dia meneruskan proses pemulihan selepas terbabit dengan kemalangan yang menyaksikannya kakinya patah.

Perkara itu dikongsikan rakannya, Steve Stricker yang juga kapten pasukan Amerika Syarikat (AS) untuk saingan Piala Ryder pada tahun ini.

Woods, 45, terbabit dengan kemalangan ngeri pada Februari lalu yang menyaksikannya mengalami kecederaan serius.

Pemenang 15 kejuaraan utama itu mengalami patah kaki selain retak di beberapa bahagian lain.

Dia sudah menjalani pembedahan dan Stricker menegaskan Woods tidak sabar mahu kembali beraksi semula.

"Saya dapat bercakap dengan Tiger. Dia adalah sebahagian daripada keluarga Piala Ryder. Dia tidak dapat menjadi penolong kapten pada tahun ini kerana masih melalui proses pemulihan dan mahu bermain golf semula.

"Perkembangannya amat baik. Segala-galanya mengikut perancangan yang ditetapkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 2:42 PM