Pelumba Team BikeExchange dari Britain, Simon Yates meraikan kejayaannya melintasi penamat di Jelajah Alps. FOTO Agensi
Pelumba Team BikeExchange dari Britain, Simon Yates meraikan kejayaannya melintasi penamat di Jelajah Alps. FOTO Agensi
Agensi

Austria: Pelumba Britain, Simon Yates merampas kedudukan pendahulu keseluruhan di Jelajah Alps susulan kejayaan cemerlang di peringkat kedua.

Yates, 28, dari Team Bike Exchange, meninggalkan pencabarnya selepas menguasai kelompok hadapan ketika berbaki 24 kilometer (km).

Dia kini mendahului pelumba Ineos Grenadiers, Pavel Sivakov dalam kelayakan umum dengan 41 saat (s).

"Bukan mudah untuk meloloskan diri - ia pendakian yang sukar," kata Yates.

"Saya berusaha lebih daripada kemampuan diri di kawasan lembah untuk menuju penamat. Saya gembira dengan peringkat ini - kami berlumba dari awal dan bukan main-main untuk 150km."

Mengatasi Sivakov, Yates menamatkan perlumbaan dengan 58 saat di depan Dan Martin dari Israel Start Nation serta pelumba Astana Premier Tech, Aleksandr Vlasov.

Pelumba Britain, Hugh Carthy dari EF Education-Nippo pula menamatkan perlumbaan dengan catatan satu minit 17s di belakang Yates.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 12:20 PM