CHRISTINE harap menjadi atlet wanita pertama Afrika memenangi medal Olimpik. FOTO Agensi
CHRISTINE harap menjadi atlet wanita pertama Afrika memenangi medal Olimpik. FOTO Agensi
AFP

Nairobi: Menjadi ibu pada usia 12 tahun dan dibesarkan di pinggir bandar Nairobi, Christine Ongare memasang impian untuk menjadi atlet wanita Afrika pertama meraih pingat Olimpik dalam acara tinju.

Atlet Kenya berusia 27 tahun itu berpeluang mencatat sejarah berkenaan di Tokyo dalam penampilan pertamanya di Olimpik.

"Saya sudah banyak kali memikirkan untuk menyerah kalah namun saya meneruskan pengembaraan ini kerana saya sudah berdepan dengan perkara yang lebih sukar sebelum ini," kata Christine.

Memiliki ketinggian 1.57 meter dan berat 51 kilogram, Christine membesar di kawasan yang sangat kurang menyenangkan di Nairobi.

Kehidupannya sangat sukar apabila membesar di kawasan yang memiliki kadar jenayah tinggi.

Christine berkata, kanak-kanak perempuan sering didera secara fizikal dan seksual tatkala dia harus belajar untuk mempertahankan diri pada usia muda.

"Saya adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik. Mereka yang lain tidak berada di sini, jadi ia membuatkan kehidupan saya lebih sukar kerana harus mempertahankan diri sendiri.

"Tidak kira perempuan atau lelaki, yang cuba mengancam saya, ia bukan satu masalah walaupun saiz mereka kecil atau besar, kerana saya akan melakukan apa saja untuk mempertahankan diri," katanya yang mempunyai anak lelaki bernama Maxwell.

Anaknya itu dijaga oleh ibunya, yang mengambil tanggungjawab berkenaan ketika Christine ke sekolah.

"Anak saya tidak memanggil saya ibu, tapi dia menyapa dengan menyebut nama saya. Dia memanggil ibu saya 'ibu," katanya yang sudah mencuba beberapa sukan lain sejak remaja iaitu bola sepak dan gimnastik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 1:54 PM