PEMAIN nombor satu dunia Fan Zhengdong perkasa cabaran China di Olimpik. FOTO AFP
PEMAIN nombor satu dunia Fan Zhengdong perkasa cabaran China di Olimpik. FOTO AFP
AFP

Beijing: Ketua pasukan ping pong China tidak puas hati dengan peraturan keselamatan berkaitan Covid-19 dan menganggap ia menyukarkan misi mereka menyapu bersih sekali lagi pingat emas acara itu.

China membolot 28 daripada 32 emas gelaran ping pong di Olimpik dengan penguasaan mereka sukar digugat.

Tetapi persiapan negara itu menjelang temasya terbesar dunia itu berdepan cabaran. Antaranya prestasi tidak konsisten pemain utama sehinggalah peraturan baharu bagi menyekat penularan pandemik.

"Kami tidak menjangkakan peraturan pandemik seperti tidak boleh mengelap meja ping pong dengan tangan atau meniup bola,'' kata Presiden Persekutuan Ping Pong China, Liu Guoliang kepada media.

"Persiapan Sukan Olimpik kali ini memang sangat sukar,'' katanya.

Ia kali kedua pasukan Olimpik menyuarakan ketidakpuasan hati mereka selepas pasukan perahu layar China kurang senang mengenai langkah pencegahan pandemik di hotel mereka.

Pasukan China berkata atlet dipaksa bercampur dengan penghuni lain di hotel mereka.

Liu yang juga bekas juara dunia dan Olimpik berkata pasukan itu kini membantu atlet menangani tekanan dan gangguan di temasya terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 6:49 PM