Atlet Amerika, Sha'Carri Richardson antara pencabar acara 100m wanita di Olimpik. FOTO Agensi
Atlet Amerika, Sha'Carri Richardson antara pencabar acara 100m wanita di Olimpik. FOTO Agensi
AFP

Miami: Atlet Amerika Syarikat, Sha'Carri Richardson melakar sejarah antara enam wanita terpantas dalam acara larian 100 meter dengan catatan 10.72 saat(s) di Miramar Invitational dekat Florida.

Atlet berusia 21 tahun itu menjadi wanita keenam terpantas ketika dia memberi bayangan bakal mencabar sensasi Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Elaine Thompson yang juga juara dunia dan juara Olimpik pada saingan di Olimpik Tokyo nanti.

Catatan terbaik Sha'Carri adalah 10.75s, yang dilakukan pada 8 Jun 2019 pada kejuaraan NCAA dekat Austin, Texas di mana dia memecah rekod remaja dunia yang dipegang atlet Jerman, Marlies Gohr pada 1977.

Ketika itu dia berusia 19 tahun, antara 10 pelari pecut wanita terpantas di dunia, bersaing dengan seorang lagi atlet Amerika, Kerron Stewart.

Dengan catatan masa terbaharu itu hanya Florence Griffith Joyner, Carmelita Jeter, Marion Jones, Shelly-Ann dan Elaine berjaya melakukannya.

Florence meninggal dunia pada 1998 ketika usia 38 tahun memegang tiga rekod catatan terbaik dalam sejarah iaitu 10.49, 10.61 dan 10.62s.

Carmelita mencatat 10.64s, Marion 10.65s dan Shelly-Ann dan Elaine masing-masing dengan catatan 10.70s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 11:13 AM