NAOMI merangkul kejuaraan Terbuka Australia buat kali kedua selepas mengalahkan Jennifer semalam. FOTO AFP
NAOMI merangkul kejuaraan Terbuka Australia buat kali kedua selepas mengalahkan Jennifer semalam. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Juara Terbuka Australia, Naomi Osakan memberitahu Jennifer Brady dia 'sangat kesal' di atas apa yang berlaku semalam selepas tersalah menyebut nama pemain Amerika Syarikat (AS) itu.

Selepas mengalahkan Jennifer 6-4, 6-3 semalam untuk muncul juara buat kali kedua di Melbourne Park, Naomi yang terkenal dengan sikap sopan-santun, memulakan ucapan kejayaannya dengan bertanya kepada pemain AS itu nama panggilan, Jennifer atau Jenny.

"Jenny," jawab ringkas lawannya sambil didengari oleh semua penonton di dalam stadium.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jennifer," kata Naomi ketika memulakan ucapan sekali gus menghadirkan gelak ketawa 7,000 penonton di Rod Laver Arena.

Naomi kemudiannya meminta maaf di Twitter dan berkata dia berasa malu di atas kesilapan itu.

"Alamak, tidak (sambil menaip emoji menangis). Saya rasa seperti sudah menyebut Jenny ketika itu dan saya berasa keliru kenapa penonton ketawa. Minta maaf," kata Naomi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 6:19 PM