MUHAMMAD Danial Azroy Noorazizan (kiri) dan Muhammmad Danial Azray Noorazizan, bergambar bersama selepas memenangi pingat emas didalam acara silat seni ganda Sukan Sea Kemboja. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
MUHAMMAD Danial Azroy Noorazizan (kiri) dan Muhammmad Danial Azray Noorazizan, bergambar bersama selepas memenangi pingat emas didalam acara silat seni ganda Sukan Sea Kemboja. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI


Phnom Penh: Gandingan pasangan kembar negara, Muhammmad Danial Azray dan Muhammmad Danial Azroy Noorazizan semakin serasi apabila meraih pingat emas acara silat seni ganda lelaki di Sukan Sea Kemboja.

Gandingan negara itu mengumpul 9.945 mata untuk mengenepikan pasangan adik beradik dari Filipina, Al Faujan dan Al Mohaidib yang memperoleh 9.885 di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar E, sebentar tadi.

Malaysia meraih pingat emas silat seni ganda lelaki menerusi Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga sejak Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.

Azroy berkata, mereka memerlukan masa selama tiga tahun untuk membentuk persefahaman.

"Ini adalah Sukan Sea pertama kami dan kami sangat gembira kerana memperoleh rezeki dapat memberikan pingat emas kepada skuad silat.

"Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk cekap dan menghafal gerakan tetapi untuk benar-benar menguasainya ia akan mengambil masa tiga tahun.

"Kami berjaya memendekkan tempoh itu kerana hubungan adik beradik yang akrab selain mempunyai tahap persefahaman yang baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 8:32 PM