Pemain Belgium meraikan kejayaan menewaskan Israel 3-1 di hadapan penyokong dan melonjak ranking pertama FIFA. -Pix Instagram BRD
Pemain Belgium meraikan kejayaan menewaskan Israel 3-1 di hadapan penyokong dan melonjak ranking pertama FIFA. -Pix Instagram BRD

Brussels: Belgium mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas Dries Mertens menebus kehampaan terlepas peluang babak pertama sebelum meledak membantu kemenangan 3-1 ke atas Israel dalam kelayakan Euro 2016 awal pagi tadi.

Kemenangan bermakna Belgium melonjak tangga teratas sistem ranking FIFA sementara harapan Israel beraksi di Perancis tahun depan musnah.

Belgium sudah pun layak selepas mengatasi Andorra 4-1 minggu lalu dan kemenangan tadi membantu mereka selesa dua mata di depan Wales dalam kedudukan kumpulan.

Mertens membuka jaringan buat Belgium m-64 sebelum Kevin De Bruyne menjaringkan gol kedua melalui sepakan percuma dari jarak 25-meter m-78 dan Eden Hazard menambah gol ketiga ketika perlawanan berbaki enam minit. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 3:31 PM